Pages

Friday, February 25, 2011

Angan-angan tapi terbit pula keserasian dan keihklasan

Assalamualaikum  Sayang,

bingkisan buat hatimu  dari sudut hati kecilku…
sesungguhnya segala keindahan itu tercipta dan di anugerahkan  dariNYA..
Syukur…Alhamdulillah hanya dapat Ayang luahkan..kau dikurniakan untukku dariNYA..
Sedar dan tak sedar kekurangan diri tapi kita menerima seadanya kerana itu keadilanNYA.
Mohon Sayang  jadi peneman hingga ke syurga kerana Ayang redha dengan ketentuanNYA…
Sebelum kita disatukan, ayang harap Sayang cukup bersedia untuk disatukan kerana bukan mudah untuk berhadapan ,
Takut pula mimpi yang tak sudah sebagai pengakhiran,
Ayang doakan Sayang adalah yang terbaik dan tak mengharapkan yang sempurna tapi harap penuh bermakna,
Akan tiba masanya, Ayang serah segala-galanya sebagai bukti utusan sebagai isteri bukan sebagai hamba abdi,
Sayang...harap kita cepat dijodohkan kerana ayang takut dengan pembalasan…
Ini bukan satu arahan atau permintaan tapi satu  keikhlasan..
 Sayang ada sesuatu ingin kukatakan dan kuharap Sayang dapat mengertikan, Selama ini dirimu kusayang.
Sungguh indah bersamamu tiap waktu, kita bermesra... marah dan sayang , rajuk dan rindu Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan, namun hatiku masih menyintaimu sayang...
Kita dicipta sebagai pelengkap kehidupan tapi jangan sayang lupa siapa yang melahirkan dan membesarkan…
sungguh indah kejadian tapi jangan hanyut dengan kelalaian
Siapa sangka kita dipertemukan padahal hanya untuk angan-angan tapi terbit pula keserasian dan keihklasan..Ayang harap ia berkekalan walau wujudnya pemisahan.
Bingkisan ini bukan untuk bermadah tapi sekadar luahan diharap dapat diabadikan untuk Sayang.
Mudah untuk berdusta tapi susah untuk berkata-kata, jadikan luahan ini sebagai pengiring untuk teman Ayang yang setia..Sayang
Saat kita berkenalan, mula Ayang rasa...adakah kita akan di ijabkabulkan bersama suatu hari nanti??
Firasat mula menebal dan mengharapkan impian menjadi pasti...bukan Ayang terdesak tapi ku mahu pastikan kehadiran lelaki yang boleh dibuat perlindungan....Ayang tidak mahu dijadikan bahan mainan kerana pernah Ayang rasakan saat diri diambil kesempatan...tidak mahu hanyut lagi....biarlah
rahsia buat pedoman dan Ayang harap Sayang faham.
Sudah setahun kita berkenalan....Ayang rasa sudah cukup masa untuk kita disatukan...jangan Sayang sia-siakan.
Mohon kita disatukan dan dikurniakan zuriat yang beriman.
Terima kasih sayang.
Izinkanku sentiasa berada di setiap saat mimpi-mimpimu dan doa-doamu.
Kau untukku.

No comments:

Post a Comment