Pages

Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum....

This is not a statement..
..but...
 somethings that should feel...

Past...
We had spent time together, 
Shared our happiness,
Shared the problems,
Shared the sadness,
Shared everything about our life,
....but...
It was a long time ago...
...today...
I do not have it anymore
Am I make it trouble?? 
Am I make it .......???
Am I make it........???
Am I make it........???
Miss u guys....
Miss all everything about us...
..that precious..
Pray for it...
It's belong to HIM

sedih tak...sedih tak....lalalalalala.....aku yang sedih sorang-sorang...hampeh ....aku lebih selesa guna bahasa ibunda...

Monday, March 21, 2011

Terunakah LELAKI itu ???


Berikut merupakan antara beberapa kaedah atau cara untuk mengesan lelaki itu masih mempunyai teruna atau tidak. Artikel ini ditulis setelah dikaji serta membuat carian, perbualan dan perbincangan diantara beberapa orang sahabat lelaki dan perempuan.

Gambar hiasan
    1. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
    2. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
    3. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
    4. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
    5. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
    6. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
    7. Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
    8. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
    9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
Entri ini tidak sama sekali berniat untuk menjatuhkan kewibawaan lelaki. Namun diakui bukan semua cara diatas dapat mengesan seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Cuma sekadar berkongsi info dan maklumat yang baik berdasarkan carian, perbualan, kajian serta perbincangan.

Lelaki diluar sana, pandai2 la cover mulai sekarang.. 

Jangan sampai anda kantoii!! HAHA!!

Sumber: Tok Adam
Daripada hadith: “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”

Sunday, March 20, 2011

Makan Biskut Tawaq

Assalamualaikum...

Nak dijadikan ''ce cite''...aku neh jenis ''pemalu tapi ku mahu''.....nak mintak duit ngan mak aku kene ada high confidence level..kalau tak, aku tak akan cakap tak ade duit....kene tunggu mak abah aku tanya dulu....

kembali ke kenangan zaman pra sejarah dulu-dulu

abah aku berdialog ngan aku [ on line telefon konon-kononnya]

Abah : Chah da makan...???

Aku : Da abah

Abah: Duit ada lagi???

Aku: Ada lagi abah [ dalam hati ...tapi ade RM3 je abah ]

.......bla-bla sampai abah aku tergerak nak bagi tau sendiri nanti abah masukkan duit..........
itu adalah kisah selingan

Untuk petang neh
macam biasa pukul 2 pm hari Ahad pergi ke kelas Kimia Forensik and then bawak purse kesayangan pemberian  mak aku...purse tu bagi aku besar gedabak kot and tak setimpal dengan harta yang terisi di dalamnya....kalah Mak Datin..
tapi kopem cantik sebab dah ramai yang puji purse aku  [ bangga kot ]...
tapi..menjak dua menjak neh die da buruk-buruk da cket sbb aku agak lasak....balik-balik je...campak purse entah mane-mane...



wajah-wajah purse yag dimiliki oleh seorng yang sangat 'dewasa' dan 'matang'

hari neh aku bangga membawanya kemana-mana dan duit di dalamnya 
telah mencecah RM 1.10 
[ tiba-tiba rasa macam nak g duk tepi jalan and nak mintak sedekah ] part time job...lumayan.....
20-Mar-2011 2:29 pm SMS by Sony Ericsson [ Top-up semata-mata dah tak tahan ]


Aku : Salam mok, nak duit...Lebih cket sebab nak bayar duit dinner RM6O 
[ begitu aku mempunyai the highest confidence level untuk mintak duit dengan alasan dinner...wakakaka...]


Mak : Esok la....Abah tak kerja hari neh....


hati aku berdetak : alamak....mampuih..mampuih...mampuih...esok....duit ade RM1.10 neh....lapaq kot....nape tak cakap detail tadi kat mak....


menu hari neh : biskut tawaq cicah air masak....nyum...nyum...nyum...
m/v:
aku rasa kebanyakkan anak-anak yang study jauh-jauh mesti ada masalah kewangan dan malu/segan nak mintak kat mak abah...kan...kan...kan...kan....
akan tetapi tingkatkan keyakinan anda supaya tidak kebuluq macam aku tapi tak kurus-kurus pun...

Saturday, March 19, 2011

Indah CiptaanNYA

Assalamualaikum

Miss love,
Akanku melangkah sejauh yang mungkin ke jalanNYA....Amin
Sekadar puitis yag sederhana.....
Bukan mencari hujung pangkal serta tidak untuk membukti permulaan dan pengakhiran...

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Teregganu
180311
5.57 pm
Indah ciptaanNYA...tak mampu ku ungkap denga kata-kata.
Demikianlah kebesaran Maha Pencipta....
Tenangku melihat...
Inginku mencari tujuan sebenar
Buka tujuan sebelum mati..
Tapi entah..
Hati gundah...
Bukan bukti aku gagal lagi memperoleh ketenagan dariNYA..
atau aku tidak layak memperolehinya
Aku tidak tahu ketenangan yang macam mana aku perlukan
Bertemankan kemaraan ombak..
ILhamku mati...
Mati dengan realiti kehidupan
Mohon kesejahteraan dariMU Tuhan
Lapangkanlah dadaku,
Tunjukkan tujuan sebenar diriku..
Sesungguhnya hidupku dan matiku kernaMU
Astaghfirullahhalazim
Mohon perlindungan dariMU

There, i sat for the real life....miss the past....and had realized all the moments that create my real life being true.....
thanks to everyone because had been a part of my life

Friday, March 18, 2011

Homesick

Assalamualaikum

Petang yang sempoi...angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas angin aku layan perasaan....jauh ke rumah....
  • : nak mak...nak abah
  • [ tapi baru minggu lepas mak abah datang sini ]
  • : nak tido kat bilik..kat umah sendiri...kat hostel tak best 
  • [ tak tau bersyukur langsung ] 
  • : nak makan masakan mak 
  • [ masakan  kat sini tak sedap and mahal ]
  • : nak dengar abah bisisng-bising sebab tak dengar cakap dia 
  • [ kat sini takde sape nak marah ]
  • : nak dengar mak marah-marah sebab lambat sidai baju 
  • [ kat sini sekali seminggu je basuh baju sendiri ]
  • : nak balik kampung kat Pasir Mas nak jumpa mek and sepupu sepapat 
  • [ kat sini sedara takde ]

mek [nenek]..ala-ala photoshoot


  • : nak maen masak-masak kat umah  
  • [ kalau masak-masak kat sini boleh kena saman ]

Tuesday, March 15, 2011

Chipmunk bersama kucu-kucunya

Assalamualaikum


....cer cite...cer cite....cer cite....
...trade mark baru untuk story mory...
tapi kat sini aku bukan nak cite pasal tikus...tapi pasal manusia
so....go through the story mory:
tarikh keramat 110311
''Chipmunk and the gang'' 
telah menceroboh ke 
Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Terengganu.
Motif pencerobohan adalah untuk menikmati keindahan alam ciptaanNYA sambil-sambil tenangkan pikiran yang kusut masai and masam lebam.
Aku sebagai organizer yang tidak berbakat dilantik oleh Chipmunk [ yeke dilantik ] untuk merancang misi pencerobohan tersebut,
Oleh yang demikian terjadilah babak-babak dan adegan-adegan panas di tempat kejadian walaupun cuaca agak sejuk dan  mulut chipmunk serta kucu-kucunya keluar asap macam duk Korea winter season.

our Ferraries
terlalu menikmati camera
itulah ''Chipmunk'' and bendahari kehormat
Aku nak bagi tau...dia tak buat
sempoi
my 1st time drive van selaku co-pilot

Tiba-tiba..jeng-jeng....
salah seorang kucu-kucu Chipmunk nyaris-nyaris tumpas kerana cedera parah kat perut....
Semua agak panik dan bina kubu sementara untuknya menikmati kesakitan...
semangat setia kawan terpancar di muka-muka chipmunk dan kucu-kucunya...
aku sebagai kucunya...bangga walaupun tak bangga mana pun...huhuhuh
hujan silih berganti dengan salji
sejuk melampau....tetapi snap gambar juga agak melampau, 
inilah physical evidence yang sempat kucu-kucu Chipmunk kumpul:

nie la mangsa cedera parah
Pak Mad driver van
mintak doa semoga misi tercapai

chipmunk itu hanya sekadar bingkisan kerana suara Hafizi sudah macam chipmunk apabila sampai di tempat kejadian...dia sendri mengaku dirinya chipmunk...aku bukan buat fitnah...aku sekadar meluahkn..hu3...epppy....korang semua sporting habes....aku sayang korang weh...freind foreva
  

Terkilan

Assalamualaikum,

Macam biasa, aku lepak kat sini bukan untuk bersajak

tapi bila hati aku mula berbicara...mula aku rasa terkilan dengan perihal duniawi...

kenapa manusia nak kejar benda yang tak pasti..???
kenapa nak gadaikan sesuatu yang terlalu bernilai untuk seseorang...???
padahal belum tentu kita memiliki dia... 
kenapa nak berlagak sedangkn kita tak berupaya....???
kenapa nak tunjuk sempurna sedangkan terlalu banyak kekurangan dan cacat cela...???
kenapa tak kembali kepadaNYA...???...
belum terlambat wahai sahabat-sahabatku...
aku sedih bukan kau lukakan aku 
tetapi aku cuma terkilan dengan nasibmu..
bukan aku tidak boleh menerima takdir...

tetapi kamu tidak berusha mengubah nasibmu...
aku cuba menjadi pendengar setiamu, 
berusaha meyakinkan kamu, 
berusaha menyusun tiap bicaraku untuk tidak kamu terluka..
tetapi kau sendiri menganiaya diri kamu....
kembali lah kepadaNYA....
mohon kau dilapangkan dada, 
di tenangkan hati untuk menikmati rahmatNYA...
Amin...