Pages

Sunday, November 20, 2011

Ketika ALLAH memilihmu UNTUKU...

"Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu membuncah..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah. Aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yang indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Sunday, October 30, 2011

Cari Pengalaman di semua sudut(◕‿◕) ღ¸.•´¯)♥ .

Assalamualaikum,

Sekadar mengisi masa terluang untuk mengutus coretan,
sekadar berbicara tentang perlu aku menimba pengalaman,
Manusia tidak mampu berdikari tanpa pengalaman...itu pendapat aku...bukan sekadar untuk dijadikan panduan malah boleh diadaptasi sebagai bukti kematangan seseorang.  Pengalaman mampu mengajar seseorang samada kita belajar dari pengalaman sendiri mahupun orang lain. Semua orang ingin mengejar cita-cita tapi tidak semudah yang disangka tanpa usaha..of course la kan...pokok pun takkan subur tanpa dijaga dan dibaja, begitulah manusia, pengalaman adalah panduan untuk semua. Tidak perlu malu untuk bermula dari bawah, sesungguhnya kita akan sentiasa diberi peluang untuk maju kehadapan kerana dibekalkan pengalaman sebagai teladan. INSYALLAH.....keberkatan akan kita dapat jika niat ikhlas penuh harapan....Tuhan akan memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Diharap aku dipermudahkan olehNYA jika itu adalah landasan aku yang betul. INSYAALLAH...


Friday, June 10, 2011

CiptaanNYA

Assalamualaikum

Adam dan Hawa diciptakanNya 

dan

disemai rasa kasih sayang

agar bersemi ketenangan 

serta kedamaian di hati...",)

Tuesday, May 31, 2011

Hari Katak Sedunia

Assalamualaikum...

Once upon the time, wow...ari neh bukan jiwa karat lg tapi keparap ....bila jumpa Putera Katak....terus terkesima...teruja...
terkisah pagi-pagi buta dining hari aku jumpa Putera  Katak...siap melintas kilat depan aku lagi...tak ke terkejut luluh hempedu rasanya siap aku melalak-melalak ayu...
tapi aku halalkan sebab aku nak cepat ke toilet...bukan sebab sakit perut tapi nak angkat air sembahyang la...gagagaggaga....
bagi aku Putera Katak tu tak la hensem...
da la lembik geli...lompat kangkang...
dongeng cerita Putera Katak aku tak boleh terima..
Adakah hari neh Hari Katak Sedunia ?...sebab sepanjang hari jumpa katak je keje
mane tak nya...tghri pu jumpe lg tempat kat depan toilet umah... terpijak benda lembik... ingatkan span basah ...siap aku sepak ke tepi lagi takot orang lain terpiak..baikya aku...
tiba-tiba aku teringat katak yang aku tengok tadi...mak ai....
KATAK GOMOK
....lintang pukang aku lari macam kene kejar anjing ..padahal katak tu siap meyorok lagi....
huru hara rumah aku melalak... nasib baik abah ada....apa lagi..suruh la buang kat MPKB...tapi abah buang kat lua je...orang tua-tua kata...katak kene buang jauh-jauh nanti die datang balik.....baru je semalam mengumpat pasal katak ngan my Encik.Merong....terbawak-bawak sampai kesah kecik-kecik dulu yag tiap-tiap pagi kasut sekolah  ade katak.....kenapa katak suka sangat tido dalam kasut ha??? Da la kasut tu busuk....Apakah modus operandi katak??...tapi katak tadi tu nasib baik tak nazak kene penyet....dah la badan aku neh gedabak besar.....aku neh kire takot katak n fobia la kot...tapi tak sampai tahap kejam untuk membunuh......dulu aku penah dengar sorang kakak neh bagitau, die punya la geram kat katak...Then, die simbah katak nga garam...mau menggelepar katak tu...kejam giler...ngeri aku dengar...sape yang ade hobi bela katak, makan katak, pegang katak...memang aku rasa pelik kot....tapi respect la sebab berani bermesra ngan katak....yek..nyek..nyek...geli...
Putera Katak Tak Hensem

Friday, April 15, 2011

sedapkan hati lelaki

Assalamualaikum,

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Pujian-Gurauan-Sekadar.........Mengampu

Assalamualaikum,

Bila mulut berbicara...itu lah yang terluah...mungkin ikhlas dari sudut hati atau sekadar hiasan kata-kata indah.
Pujian atau gurauan atau sekadar mengampu...???
Sape-sape pun suka kalau dipuji kan???...
Kalau di kutuk....hurmmmm....
Muka kamu jadi merah padam  kot....
hati pum jadi kuyup sebab kecik ati.....
termasuklah aku yang pernah rasa ''kemanisan dan kepahitan'' situasi sedemikian.....
mudah sangat kalau nak perasan pemuji yang buat pujian, dan pemangsa pujian kembang idung....
kite pun mungkin pernah terkene kan?... 
bile dipuji...hidung kembang macam obor-obor da....
kalau di kutuk....hati besar gedabak jadi kecik macam bacteria...haluih...
pemuji, mangsa puji biasanya dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa, pertengahan dan golongan warga emas.....semestiya la kan.....
kalau tak caye...pergilah survey...
akan tetapi....patutkah kite puji org lebih-lebih??..tak dinafikan die hebat, tetapi aku rasa cukup sekadar tahniah untuk pencapaiannya..
( maaf...tidak ade kaitan dengan sape-sape)...
terjumpa lak  dengan hadis neh kat Zaharuddin.net:  

عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

So, berpada-padalah dalam pujian dimana sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian.

p/s: janganlah puji member kite lebih-lebih...takot cacat lak hidung asyik kembang je.... 
cukup la sekadar : 
  • taniah awak
  • terima kasih awak
  • moga awak perolehi sebaik-baik kebolehan
  • awak diberi didikan yang baik
  • teruskan usaha awak, saya sokong awak
  • awak mampu

....contoh je tu....
ikut creativity masing-masing...asalkan tidak melampau ....agak-agak la kan... 

wassalam

Wednesday, April 13, 2011

Siapa


Asslamualaikum,


✿✿✿✿✿✿

Yang PERTAMA belum tentu yang TERBAIK, 

yang TERBAIK biasanya yang TERAKHIR. 

Tetapi yang sukar dilupakan

 adalah yang PERTAMA, 

sedangkan yang TERAKHIR 

masih menjadi 

.......tanda tanya.......


✿✿✿✿✿✿




bukan die neh

Sunday, April 10, 2011

Bertudung tapi telanjang


Assalamualaikum....

Perihal sekarang..zaman sekarang......sebab trend sekarang 
photoshoot ''model muslimah'' [ konon-konon la] 
macam femes gile and ada yang teruja nak jadi model... syarat bertudung...
tapi pakaian entah pape....
.


pakai cantik sikit terus upload lam 'FB' and tunggu orang 'like' and 'comment'
[ kekadang aku pum nak buat jugak..xoxo..]
..tapi cantik and terjaga uarat takpe tapi seksa-seksi plak tengok..
..kawan sendiri pun ada tapi nak tegur tibe-tibe mulut terkunci macam ada tembaga dalam mulut..
takot gak orang sound kite balik sebab
pakaian aku bukan la macam ustazah nak komen-komen orang tapi....


rasa hati aku terkilan gak tengok kaum-kaum seangkatan dengan aku macam tu..

 


So, alang-alang terjumpa perihal neh...aku just copied and tujukan kepada semua termasuk diri aku sendiri:


Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..

Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ?


.


................


Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi.

p/s : pakailah pakaian yang bersih dan tutup aurat...pakai la kamu sebelum kamu dipakai kan....xoxo ",) and sebenarnya tak baek jaga perihal orang..macam aku neh...so jangan contohi aku...xoxo ",)

Saturday, April 9, 2011

Lumrah

Assalamualaikum


....special for.....

Berbicara bukan untuk belas kasihan 
...tetapi hanya sekadar luahan sebagai seorang sahabat yang sentiasa menjadi peneman....
...diharap megerti....
Terungkap biar cari keihklasan bukan untuk tuntut kemahuan, 
..Harap kau cari pegangan agama untuk bekal sebelum pengakhiran..
..Lupakan masa lalu..
..teruskan hidupmu..
..jangan kenangkan 'dia' tapi selalu ingat pada DIA..
..Sesungguhnya ku tahu..
..kau mampu..
bukan mudah untuk bertemu dengan yang sebetulnya 
..tetapi cuba untuk nilai sejauhnya..
..moga kau depertemukan dengan seseorang yang terbaek walau tak sempurna..
..lumrah manusia..
..-Amin-..

Perlukah?

Asslamualaikum


Kecewa...
Hampa, ...
Kenapa?...
Bagaimana?...
Apa lagi?...
rasa dah usaha tapi mungkin nasib tak menyebelahi------------------------------------------
hanya mampu bersyukur-----------------------------------
moga diberi peluang yang lebih baik--------------
InsyaALLAH---------
sesungguhnya diri di uji---------------------- 
dan--------------------
diri terlalu beruntung------------------------- 
beruntung merasai pahit manis perjalanan  kehidupan---------------------------------------
mohon pelayaran bukan sia-sia-------------------------- 
mungkin  akan menjadi sesuatu yang begitu bermakna---------------------------
mohon petunjuk dariMU-----------
-insyaALLAH- 

Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum....

This is not a statement..
..but...
 somethings that should feel...

Past...
We had spent time together, 
Shared our happiness,
Shared the problems,
Shared the sadness,
Shared everything about our life,
....but...
It was a long time ago...
...today...
I do not have it anymore
Am I make it trouble?? 
Am I make it .......???
Am I make it........???
Am I make it........???
Miss u guys....
Miss all everything about us...
..that precious..
Pray for it...
It's belong to HIM

sedih tak...sedih tak....lalalalalala.....aku yang sedih sorang-sorang...hampeh ....aku lebih selesa guna bahasa ibunda...

Monday, March 21, 2011

Terunakah LELAKI itu ???


Berikut merupakan antara beberapa kaedah atau cara untuk mengesan lelaki itu masih mempunyai teruna atau tidak. Artikel ini ditulis setelah dikaji serta membuat carian, perbualan dan perbincangan diantara beberapa orang sahabat lelaki dan perempuan.

Gambar hiasan
    1. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
    2. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
    3. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
    4. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
    5. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
    6. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
    7. Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
    8. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
    9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
Entri ini tidak sama sekali berniat untuk menjatuhkan kewibawaan lelaki. Namun diakui bukan semua cara diatas dapat mengesan seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Cuma sekadar berkongsi info dan maklumat yang baik berdasarkan carian, perbualan, kajian serta perbincangan.

Lelaki diluar sana, pandai2 la cover mulai sekarang.. 

Jangan sampai anda kantoii!! HAHA!!

Sumber: Tok Adam
Daripada hadith: “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”

Sunday, March 20, 2011

Makan Biskut Tawaq

Assalamualaikum...

Nak dijadikan ''ce cite''...aku neh jenis ''pemalu tapi ku mahu''.....nak mintak duit ngan mak aku kene ada high confidence level..kalau tak, aku tak akan cakap tak ade duit....kene tunggu mak abah aku tanya dulu....

kembali ke kenangan zaman pra sejarah dulu-dulu

abah aku berdialog ngan aku [ on line telefon konon-kononnya]

Abah : Chah da makan...???

Aku : Da abah

Abah: Duit ada lagi???

Aku: Ada lagi abah [ dalam hati ...tapi ade RM3 je abah ]

.......bla-bla sampai abah aku tergerak nak bagi tau sendiri nanti abah masukkan duit..........
itu adalah kisah selingan

Untuk petang neh
macam biasa pukul 2 pm hari Ahad pergi ke kelas Kimia Forensik and then bawak purse kesayangan pemberian  mak aku...purse tu bagi aku besar gedabak kot and tak setimpal dengan harta yang terisi di dalamnya....kalah Mak Datin..
tapi kopem cantik sebab dah ramai yang puji purse aku  [ bangga kot ]...
tapi..menjak dua menjak neh die da buruk-buruk da cket sbb aku agak lasak....balik-balik je...campak purse entah mane-mane...



wajah-wajah purse yag dimiliki oleh seorng yang sangat 'dewasa' dan 'matang'

hari neh aku bangga membawanya kemana-mana dan duit di dalamnya 
telah mencecah RM 1.10 
[ tiba-tiba rasa macam nak g duk tepi jalan and nak mintak sedekah ] part time job...lumayan.....
20-Mar-2011 2:29 pm SMS by Sony Ericsson [ Top-up semata-mata dah tak tahan ]


Aku : Salam mok, nak duit...Lebih cket sebab nak bayar duit dinner RM6O 
[ begitu aku mempunyai the highest confidence level untuk mintak duit dengan alasan dinner...wakakaka...]


Mak : Esok la....Abah tak kerja hari neh....


hati aku berdetak : alamak....mampuih..mampuih...mampuih...esok....duit ade RM1.10 neh....lapaq kot....nape tak cakap detail tadi kat mak....


menu hari neh : biskut tawaq cicah air masak....nyum...nyum...nyum...
m/v:
aku rasa kebanyakkan anak-anak yang study jauh-jauh mesti ada masalah kewangan dan malu/segan nak mintak kat mak abah...kan...kan...kan...kan....
akan tetapi tingkatkan keyakinan anda supaya tidak kebuluq macam aku tapi tak kurus-kurus pun...

Saturday, March 19, 2011

Indah CiptaanNYA

Assalamualaikum

Miss love,
Akanku melangkah sejauh yang mungkin ke jalanNYA....Amin
Sekadar puitis yag sederhana.....
Bukan mencari hujung pangkal serta tidak untuk membukti permulaan dan pengakhiran...

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Teregganu
180311
5.57 pm
Indah ciptaanNYA...tak mampu ku ungkap denga kata-kata.
Demikianlah kebesaran Maha Pencipta....
Tenangku melihat...
Inginku mencari tujuan sebenar
Buka tujuan sebelum mati..
Tapi entah..
Hati gundah...
Bukan bukti aku gagal lagi memperoleh ketenagan dariNYA..
atau aku tidak layak memperolehinya
Aku tidak tahu ketenangan yang macam mana aku perlukan
Bertemankan kemaraan ombak..
ILhamku mati...
Mati dengan realiti kehidupan
Mohon kesejahteraan dariMU Tuhan
Lapangkanlah dadaku,
Tunjukkan tujuan sebenar diriku..
Sesungguhnya hidupku dan matiku kernaMU
Astaghfirullahhalazim
Mohon perlindungan dariMU

There, i sat for the real life....miss the past....and had realized all the moments that create my real life being true.....
thanks to everyone because had been a part of my life

Friday, March 18, 2011

Homesick

Assalamualaikum

Petang yang sempoi...angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas angin aku layan perasaan....jauh ke rumah....
  • : nak mak...nak abah
  • [ tapi baru minggu lepas mak abah datang sini ]
  • : nak tido kat bilik..kat umah sendiri...kat hostel tak best 
  • [ tak tau bersyukur langsung ] 
  • : nak makan masakan mak 
  • [ masakan  kat sini tak sedap and mahal ]
  • : nak dengar abah bisisng-bising sebab tak dengar cakap dia 
  • [ kat sini takde sape nak marah ]
  • : nak dengar mak marah-marah sebab lambat sidai baju 
  • [ kat sini sekali seminggu je basuh baju sendiri ]
  • : nak balik kampung kat Pasir Mas nak jumpa mek and sepupu sepapat 
  • [ kat sini sedara takde ]

mek [nenek]..ala-ala photoshoot


  • : nak maen masak-masak kat umah  
  • [ kalau masak-masak kat sini boleh kena saman ]