Pages

Sunday, April 10, 2011

Bertudung tapi telanjang


Assalamualaikum....

Perihal sekarang..zaman sekarang......sebab trend sekarang 
photoshoot ''model muslimah'' [ konon-konon la] 
macam femes gile and ada yang teruja nak jadi model... syarat bertudung...
tapi pakaian entah pape....
.


pakai cantik sikit terus upload lam 'FB' and tunggu orang 'like' and 'comment'
[ kekadang aku pum nak buat jugak..xoxo..]
..tapi cantik and terjaga uarat takpe tapi seksa-seksi plak tengok..
..kawan sendiri pun ada tapi nak tegur tibe-tibe mulut terkunci macam ada tembaga dalam mulut..
takot gak orang sound kite balik sebab
pakaian aku bukan la macam ustazah nak komen-komen orang tapi....


rasa hati aku terkilan gak tengok kaum-kaum seangkatan dengan aku macam tu..

 


So, alang-alang terjumpa perihal neh...aku just copied and tujukan kepada semua termasuk diri aku sendiri:


Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..

Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ?


.


................


Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi.

p/s : pakailah pakaian yang bersih dan tutup aurat...pakai la kamu sebelum kamu dipakai kan....xoxo ",) and sebenarnya tak baek jaga perihal orang..macam aku neh...so jangan contohi aku...xoxo ",)

No comments:

Post a Comment